My Add

Tuesday 30 July 2013

Aktivis hak asasi Arab Saudi kena 7 tahun penjara, 600 sebatan

JEDDAH, SELASA, 30 Julai, 2013: Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan 600 sebatan terhadap seorang aktivis hak asasi kerana mewujudkan rangkaian 'liberal' dan didapati bersalah menghina agama Islam.

“Raef Badawi dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan," kata peguam kepada Waleed Abualkhair dalam posting Twitternya.

Beliau berkata, hakim turut memerintahkan laman web milik Badawi iaitu Saudi Liberal Network ditutup.

Beliau berkata, Badawi, pengasas bersama Saudi Liberal Network itu dituduh kerana mengkritik polis dan memanggilnya sebagai 'liberal agama'.

Pada Disember lalu, kes Badawi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan murtad, satu tuduhan yang boleh membawa hukuman mati di negara Arab itu.

Bagimanapun, mahkamah hari ini memutuskan untuk menggugurkan hukuman murtad ke atas tertuduh.
Badawi, 35, ditahan pada Jun tahun lalu di Jeddah tanpa sebab yang tidak diketahui.

Rangkaian yang diasaskan bersama seorang lagi aktivis wanita, Suad al-Shammari, mengumumkan pada 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberalism untuk orang Islam di negara itu dengan menyebar dan mempengaruhi orang ramai untuk mengakhiri pemerintahan berasaskan agama di Arab Saudi. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment