My Add

Tuesday 30 July 2013

Lagi nahas kereta api, 35 cedera di Switzerland

 
GRANGES-PRES-MARNAND, SELASA, 30 Julai, 2013: Dua kereta api bertembung di barat Switzerland, hari ini mengakibatkan 35 penumpang cedera dengan sekurang-kurangnya lima lagi parah.

Polis berkata, kemalangan berlaku di Granges-pres-Marnand kira-kira jam 7 petang waktu tempatan.

Wartawan AFP yang tiba di tempat nahas mendapati kedua-dua kepala kereta remuk di kawasan kemalangan berhampiran stesen kecul di perkampungan yang didiami 1,200 penududuk.

Satu daripada kereta api itu dari arah Lausanne, kira-kira 38 kilometer (km) ke selatan negara itu manakala kereta api kedua dalam perjalanan ke utara dari bandar sama.

Ketika nahas kereta api berkenaan membawa 46 penumpang dengan semuanya adalah warga negara Switzerland. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment