My Add

Tuesday 30 July 2013

IMF lulus AS$2.29 bilion pakej menyelamat Greece

WASHINGTON, SELASA, 30 Julai, 2013: Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) hari ini meluluskan pembayaran pinjaman 1.72 bilion euro atau AS$2.29 bilion kepada Greece selepas selesai mengkaji prestasi bantuan bagi pakej menyelamat negara itu.

Pembayaran terbaru itu bermakna Greece kini sudah menerima kira-kira 8.24 bilion euro (AS$10.94 bilion) dari IMF menerusi program menyelamat bersama antara Kesatuan Eropah (EU) dan Bank Pusat Eropah sejak Mac 2012.

Jumaat lalu, 18 negara zon euro memberi lampu hijau untuk penyaluran pinjaman 4.0 bilion euro dana menyelamat kepada Greece selepas negara itu memenuhi syarat ditetapkan.

Pakej menyelamat kali kedua Greece masih menyaksikan negara itu kekurangan 3.8 bilion euro pada penghujung tahun depan," kata seorang pegawai EU.

Program menyelamat Greece yang pertama membabitkan dana pinjaman 110 bilion euro pada 2010 tetapi apabila ekonominya terus merudum dan gagal, pakej menyelamat kedua pula berjumlah 130 bilion euro, termasuk pelupusan hutang sektor awam yang bernilai 100 bilion euro. - AF/BHP

No comments:

Post a Comment