My Add

Tuesday 30 July 2013

Pemuda UMNO kecam tindakan keterlaluan babit kematian di Mesir

REMBAU, SELASA, 30 Julai, 2013: Pemuda UMNO mengecam tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian dalam konflik di Mesir.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga bimbang dengan perkembangan terkini di negara itu yang dilihat semakin buruk.

"Dalam hal ini kita harap Mesir dapat mencari jalan terbaik untuk mencapai damai," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran program 'Rehlah Al-Ramadan' anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan di Semerbok, dekat sini malam tadi.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan diminta mengulas mengenai konflik politik di Mesir yang kini bertambah buruk apabila sekurang-kurangnya 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis pada Sabtu lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment