My Add

Tuesday 30 July 2013

Najib pengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013


 * DATUK Seri Najib Razak (duduk, empat kiri) ketika sesi bergambar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA, SELASA, 30 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2013.

Mesyuarat tahunan ini akan membincangkan peruntukan kepada semua negeri dan pengurusan kewangan negeri serta perkara-perkara yang berkaitan.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

Turut hadir pada mesyuarat kali ini termasuk Menteri Besar Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Kelantan.

Selain itu, juga hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah manakala Sarawak diwakili Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment