My Add

Tuesday 30 July 2013

 RM430 juta disediakan kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri

PUTRAJAYA, SELASA, 30 Julai, 2013: Mesyuarat Majlis Kewangan Negara sebentar tadi bersetuju untuk menyediakan peruntukan berjumlah RM430 juta kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri pada 2015 bagi membiayai caruman pemberian kepada negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akuan mengurus sebanyak RM130 juta dan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup sebanyak RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, jumlah caruman yang disediakan kerajaan untuk Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi tahin 2014 adalah sebanyak RM287 juta.

Peruntukan bagi 2015 itu adalah tambahan sebanyak RM143 juta berbanding yang disediakan bagi 2014. - BH

No comments:

Post a Comment