Kementerian Wilayah tubuh badan penasihat RIBI
KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Kementerian Wilayah Persekutuan akan menubuhkan badan penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang antaranya berperanan menentukan kawasan sesuai untuk pembinaan rumah ibadat.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr J. Loga Balan berkata, badan penasihat itu juga akan menyiasat tindakan pengosongan tapak oleh pihak penguat kuasa dengan mengambil kira sensitiviti agama masyarakat berbilang kaum.
"Buat masa sekarang badan penasihat itu hanya dianggotai oleh wakil agama dari badan bukan kerajaan, dan belum dibuka keanggotaan kepada ahli politik," katanya semasa menjawab soalan Senator Chiew Lian Keng pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Chiew ingin tahu mengenai rumah ibadat diperuntukkan tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian sebelum pihak penguat kuasa ambil tindakan pengosongan tapak. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment