My Add

Tuesday 30 July 2013

Sendayan hab teknologi tinggi

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

* JEAN Marc Ayrauly (tengah) bersama Mohamad Hasan melihat model brek karbon kapal terbang sambil diperhatikan Vincent Mascre (kiri) ketika lawatan ke tapak projek kilang pengeluar brek karbon kapal terbang di Lembah Teknologi Sendayan, Seremban, semalam.
SEREMBAN, ISNIN, 29 Julai, 2013:  Negeri Sembilan kini menjadi hab pengeluaran produk berteknologi tinggi berteraskan aeroangkasa melalui pembinaan pusat pengeluaran brek karbon kapal terbang komersial milik syarikat Perancis, Messier-Bugatti-Downty (Safran).

Pembinaan fasa pertama pusat itu membabitkan pelaburan lebih RM200 juta dan dijangka menelan belanja berbilion ringgit apabila siap sepenuhnya 2015.

Projek itu juga akan menjadi tapak komersial pemasaran produk terpenting dalam pesawat itu bagi pasaran Asia Pasifik.

Keyakinan pelabur dari syarikat Perancis itu ke atas projek aeroangkasa di Lembah Teknologi Sendayan dekat sini, hari ini telah diperakui oleh Perdana Menteri Perancis, Jean Marc Ayrauly yang melawat tapak projek berkenaan sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Kehadiran beliau itu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Ketua Pegawai Ekekutif Safran, Vincent Mascre.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Ayrauly berkata, lawatan itu merupakan sebahagian gerak kerja beliau dalam usaha meneliti pembangunan industri aeroangkasa yang semakin berkembang di seluruh dunia.

"Syarikat ini memilih Malaysia sebagai kawasan baru untuk memperluaskan pasarannya di Asia Pasifik kerana negara ini stabil, selain menyaksikan pertumbuhan kemajuan yang pantas dan memberansangkan.

Sementara itu, Mohamad pula memberitahu, beliau amat berbesar hati dan gembira atas pelaburan berkenaan dan akan memastikan segala operasi dan pembangunan projek berkenaan berjalan lancar.

''Mereka dijangkakan bakal memulakan operasi menjelang 2015 dan diyakini mampu menampung keperluan bagi pasaran Asia Pasifik," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment