![]() |
* DARI kanan, Erdogan Bayraktar (terlindung), Muammer Guler, dan Zafer Caglayan berbual ketika menunggu kepulangan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dari Pakistan di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, kelmarin. - REUTERS |
Menteri Ekonomi, Zafer Caglayan; Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler; serta Menteri Alam Sekitar dan Urbanisasi, Erdogan Bayraktar mengumumkan peletakan jawatan mereka beberapa jam selepas Erdogan pulang dari lawatan rasmi ke Pakistan dan dijangka merombak barisan Kabinetnya.
Caglayan dalam satu kenyataannya berkata, siasatan skandal rasuah itu jelas mempunyai rancangan untuk menentang kerajaan, parti dan negara ini.
"Saya berundur daripada jawatan Menteri Ekonomi supaya 'permainan' ini dapat dihentikan dan kebenaran akan didedahkan," katanya.
Guler memberitahu agensi berita tempatan Anatolia, beliau menawarkan diri untuk berundur daripada jawatannya kepada Perdana Menteri pada 17 Disember lalu sebelum memberikan surat peletakan jawatannya hari ini.
Anak lelaki ketiga-tiga menteri itu merupakan antara yang didakwa dalam siasatan kes rasuah yang turut melibatkan beberapa individu berprofil tinggi dan ahli perniagaan.
Sementara itu, Erdogan menyifatkan siasatan kes rasuah itu sebagai langkah untuk memburukkan Turki dan melemahkan cita-cita negara ini untuk memegang kuasa politik serta ekonomi. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment