Peraih emas ditemui mati dibunuh
KOTA BHARU, KHAMIS, 26 Disember, 2013: Seorang peraih emas ditemui mati tersangkut pada sebatang pokok dalam keadaan berulat di Kampung Chekok Buru berdekatan jambatan kereta api Kusial, Machang dekat sini kira-kira pukul 6.45 petang semalam.
Mayat, Tn Faridah Tn Losen, 60, ditemui oleh sepasang suami isteri yang sedang mencari pucuk 'beko' untuk makanan kambing di kawasan semak di tempat kejadian.
Ketika ditemui mangsa masih lengkap memakai jubah berwarna hitam dan mukanya tidak jelas kerana dihurung lalat serta dipercayai telah dibunuh kira-kira tiga hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
"Kita juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment