My Add

Thursday, 26 December 2013

Perbelanjaan tahun baru Thailand RM11.23 bilion

BANGKOK, RABU, 25 Disember, 2013: Demonstrasi yang berlaku di sini mungkin menyebabkan kesukaran orang ramai membelanjakan wang mereka dalam tempoh perayaan akhir tahun, tetapi ini tidak bermakna ia menghalang mereka daripada berbelanja.

Sekitar 111.75 bilion baht (RM11.23 bilion) dijangka dibelanjakan oleh para pengguna di Thailand dalam tempoh ini, meningkat 5.6 peratus berbanding tahun lepas.

Bagaimanapun, pertumbuhan itu masih disifatkan rendah di celah-celah sentimen lemah ekoran kebimbangan konflik politik dan meningkatnya kos kehidupan.

Kaji selidik Universiti Dewan Perdagangan Thai (UTCC) meliputi 1,188 responden menunjukkan perbelanjaan pengguna Thai akan meningkat pada rentak perlahan dalam tempoh dua tahun ini.

"Perbelanjaan dijangka meningkat sedikit perlahan tahun ini kerana konflik dalaman telah menjejaskan keyakinan pengguna," kata Thanavath Phonvichai, pengarah Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan UTCC.

Orang ramai lebih cenderung untuk kurang berbelanja untuk semua keperluan termasuh barang mewah, barang tahan lama dan perayaan, kata kaji selidik itu.

Tahun lepas, perbelanjaan semasa tempoh perayaan Tahun Baru meningkat 15.6 peratus kepada 105.82 bilion baht (RM10.6 bilion), dirangsang oleh tinjauan positif pemulihan ekonomi.

Harga diesel tahun hadapan dijangka meningkat selepas berakhirnya pengenepian tarif pada 31 Disember 2013, yang bermaknanya harga lebih tinggi untuk barang dan perkhidmatan lain. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment