PM ucap tahniah kepada USIM menang 3 anugerah di UK
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Disember, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai yang melakar sejarah memenangi tiga anugerah tertinggi daripada Dewan Perniagaan Eropah (EBA).
Universiti itu menerima anugerah 'Best Regional University' dan 'Best Scientist 2013' sementara Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail menerima anugerah 'Manager of The Year'.
"Syabas Universiti Sains Islam Malaysia kerana menang tiga anugerah, antaranya Best Scientist 2013 daripada Dewan Perniagaan Eropah," kata Najib menerusi catatannya di laman sosial Twitter.
USIM menerima anugerah berkenaan daripada EBA pada majlis 'Socrates Award' yang berlangsung di United Kingdom dari 16 hingga 19 Disember lalu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment