My Add

Tuesday 24 June 2014

Hisham tidak akan pangku lagi jawatan Menteri Pengangkutan?

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

SEPANG, SELASA 24 Jun, 2014 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan lagi memangku jawatan Menteri Pengangkutan tidak lama lagi.

Beliau berkata, majlis perasmian terminal tambang murah yang baharu, klia2 hari ini mungkin bakal menjadi majlis rasmi terakhir Menteri Pertahanan itu menyandang jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Hishammuddin telah menunjukkan komitmen tinggi untuk menyiapkan klia2 seperti tarikh dijadualkan biarpun berhadapan isu kehilangan pesawat MH370.

"Terima kasih kepada Hishammuddin terhadap segala kerja kerasnya dan majlis ini mungkin tugas terakhirnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, " katanya ketika merasmikan klia2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment