My Add

Wednesday 25 June 2014

Kerajaan pastikan kebajikan Muhammad Firdaus terpelihara - PM

KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Pendedahan mengenai keadaan rema-ja kurang upaya yang ditemui dalam keadaan menyayat hati, Muhammad Firdaus Dullah, 15, turut mendapat simpati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan kebajikan remaja itu terpelihara.

Sambil meluahkan rasa sedih terhadap apa yang menimpa remaja itu, Najib berkata, keraja-an melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, polis serta agensi-agensi lain akan memberi perhatian terhadap kes Muhammad Firdaus dengan penuh rasa keprihatinan.

"Saya berasa sedih apabila mendengar tentang situasi kehidupan adik kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi dan saya memandang serius terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak kurang upaya seperti beliau," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah bilik ketika Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) kira-kira pukul 2.30 pagi, Sabtu lalu.

Remaja itu bagaimanapun kini dilaporkan semakin stabil dan sihat setelah menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban.

Najib dalam pada itu turut berharap agar masyarakat Malaysia bersikap lebih prihatin terhadap keperluan serta kebajikan golongan kurang upaya serta mengelakkan diri daripada menuding jari menyalahkan mana-mana pihak ekoran kejadian itu.

"Saya juga berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan kepada adik Muhammad Firdaus," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment