My Add

Wednesday 25 June 2014

Nasib OKU Firdaus dapat perhatian Najib
KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Pendedahan mengenai keadaan remaja kurang upaya yang ditemui dalam keadaan menyayat hati, Muhammad Firdaus Dullah, 15, turut mendapat simpati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan kebajikan remaja itu terpelihara.

Sambil meluahkan rasa sedih terhadap apa yang menimpa remaja itu, Najib berkata, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, polis serta agensi-agensi lain akan memberi keprihatinan itu terhadap Muhammad Firdaus.

"Saya berasa sedih apabila mendengar tentang situasi kehidupan adik kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi dan saya memandang serius terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak kurang upaya seperti beliau," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment