My Add

Wednesday 25 June 2014

Kaji semula kelayakan warga asing

 JASPAL Singh
KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Dasar pembelian dan penjualan rumah membabitkan warga asing perlu dikaji semula bagi memastikan kepentingan rakyat tempatan tidak dipinggirkan.

Senator Datuk Jaspal Singh berkata, kerajaan boleh mengenakan syarat yang menetapkan warga asing hanya bolehrumah baharu sahaja.

Menurut beliau, bagi rumah yang dijual untuk kali kedua, hanya rakyat Malaysia sahaja dibenarkan untuk membelinya.

"Di Australia, ada polisi menetapkan warga asing hanya boleh beli rumah baharu dan kalau hendak jual semula, mestilah kepada warga Australia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Jaspal juga percaya syarat yang dicadangkan itu boleh bertindak sebagai mekanisme yang berkesan bagi menangani isu kenaikan harga rumah.

Sementara itu, beliau memberitahu, golongan usahawan kecil dan sederhana termasuk peniaga bumiputera dikhuatiri berdepan kesukaran untuk merebut peluang berniaga di dalam kompleks beli-belah berkonsep mewah.

Menurutnya, mereka bukan sahaja kurang mampu membayar sewa yang tinggi malah menghadapi kesulitan untuk menyediakan deposit yang ditetapkan.

"Kalau terlalu banyak projek pembangunan seperti ini, golongan bumiputera dan yang lain akan tertinggal," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment