My Add

Tuesday 24 June 2014

Perkeso beri pendedahan urus orang hilang upaya

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR, selasa 24 Jun, 2014: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melakukan inisiatif bagi membantu para pekerja yang hilang upaya kerana kemalangan di tempat kerja bagi mencari pekerjaan baru pada masa depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Perkeso di bawah kementerian itu, misalnya telah mengadakan Persidangan Serantau 'Return To Work 2014' bagi membantu golongan terbabit.

"Menerusi persidangan itu, kita beri pendedahan kepada para majikan dan pekerja tentang prospek bagi menguruskan mereka yang hilang upaya mendapatkan semula pekerjaan," katanya pada persidangan itu di sini hari ini.

Pada persidangan kali ke-6 yang dianjurkan sejak 2007 bema bertajuk 'Economic Empowerment & Societal Reintegration' itu, Perkeso menjemput wakil-wakil dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Jerman. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment