My Add

Tuesday 24 June 2014

Orang Asli: Pas Kelantan dibidas gagal sebar syiar Islam

Oleh ZAAIN ZIN

KOTA BHARU, SELASA 24 Jun, 2014: Kerajaan Pas Kelantan dibidas kerana dilihat tidak komited melaksanakan program dakwah di perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang sehingga menyebabkan jumlah penganut Kristian dalam kalangan masyarakat itu semakin bertambah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff berkata, 12 pendakwah atau lebih dikenali sebagai 'mualim’ yang dilantik kerajaan negeri juga bertugas sambil lewa kerana gagal mendampingi golongan mualaf bagi mengukuhkan pegangan mereka terhadap Islam.

Kebanyakan mualim tersebut, jelas beliau, tidak menetap di perkampungan Orang Asli sebagaimana didakwa kerajaan negeri, sebaliknya sekadar menjenguk masyarakat itu beberapa hari dalam sebulan.

"Ketika Kelantan yang merupakan sebuah negeri membangun bersama Islam di bawah kepimpinan ulama, setakat ini sudah ada lebih tujuh gereja di perkampungan Orang Asli dengan jumlah penduduk yang memeluk Kristian sudah mencecah 1,155 orang," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud ketika menjawab soalan Ab. Aziz berkata, 35 peratus daripada 13,761 Orang Asli di negeri ini telah memeluk Islam.

Katanya, setakat ini, 12 mualim telah dihantar untuk menetap di perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang dan setiap mualim berkenaan hanya dibenarkan pulang bercuti lapan hari sebulan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment