My Add

Wednesday 25 June 2014

Awasi bahasa promosi Ramadan
KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Para pengusaha hotel yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diingatkan menjaga penggunaan bahasa khususnya ketika menawarkan promosi bufet menjelang Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penggunaan bahasa seperti ‘Bufet Ramadan’ oleh mereka yang tidak memiliki sijil halal akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang berhasrat berbuka puasa di hotel berkenaan.

"Pertama, mereka perlu ada sijil halal, itu yang terbaik. Tetapi kalau yang tidak mempunyai sijil halal, saya suka untuk mengajak mereka supaya jangan menggunakan bahasa-bahasa yang melanggar akta berkaitan bahasa yang mana boleh menunjukkan bahawa ia halal.

"Contohnya, ‘Bufet Ramadan’. Ramadan adalah berkaitan dengan berbuka puasa jadi, maknanya orang melihat makanan yang dihidangkan itu adalah untuk umat Islam sedangkan mereka tiada sijil halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ihya Ramadan, Kebersihan dan Keceriaan Kepada Masjid, Surau Jumaat dan Surau Biasa 2014, di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment