My Add

Tuesday 24 June 2014

PM bayangkan rombakan Kabinet

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

SEPANG, SELASA 24 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan kemungkinan melakukan rombakan Kabinet ketika beliau berucap merasmikan terminal klia2 di sini hari ini.

Pada akhir ucapan tersebut, Najib berkata, majlis tersebut mungkin program rasmi terakhir buat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin program rasmi Datuk Seri (Hishammuddin) sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," kata Perdana Menteri ketika merasmikan terminal berkenaan.

Sebelum ini, terdengar desas desus akan berlaku rombakan Kabinet tetapi tidak dapat disahkan.

Ia berikutan kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu dan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA tahun lalu yang bersetuju menerima kembali jawatan dalam Kabinet. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment