My Add

Tuesday 24 June 2014

Amaran tsunami selepas gempa bumi kuat berdekatan Alaska

WASHINGTON, SELASA 24 Jun, 2014:\ Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi sekuat 8 skala Richter di Kepulauan Aleutia, Lautan Pasifik, kata Pusat Amaran Tsunami Nasional Amerika Syarikat (AS) dan Pusat Penyelidikan Geologi AS.

Pusat tersebut memberitahu, amaran itu meliputi kawasan pantai Alaska dari Nokolski ke Attu.

Gempa bumi tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) kira-kira 23 kilometer dari Pulau Little Sitkin, Alaska. - Reuters/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment