My Add

Wednesday 25 June 2014

Ramanan dilantik Ahli Jawatankuasa Disiplin MIC

Add caption  DARI KIRI: R. Ramanan, KS Nijhar
KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Disiplin parti itu berkuatkuasa serta-merta sekali gus menjadikan beliau sebagai ahli paling muda dalam badan itu.

Ketika ini, Tan Sri KS Nijhar merupakan pengerusi jawatankuasa manakala Datuk Randhir Singh dan Prakash Rao menjadi ahli jawatankuasa tersebut bagi memantau aduan serta masalah disiplin ahli-ahli MIC.

Menurut sumber MIC, pelantikan Ramanan merupakan ‘come back’ ke dalam parti itu selepas melepaskan jawatannya sebagai Bendahari Agung MIC setelah mahkamah mengarahkannya mengembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri, Tan Sri Dr. M. Mahadevan pada Januari lalu.

Ramanan bertindak melepaskan jawatan dalam parti berkuat kuasa serta-merta demi menjaga maruah diri dan parti daripada terus dicalarkan pihak tertentu selain mahu menyelesaikan kes mahkamah beliau.

Ramanan merupakan Pegawai Khas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehingga hari ini.

Ramanan, 32, dikenali sebagai aktivis MIC yang lantang mempersoalkan kredibiliti DAP sejak 2008. Ini termasuk ketelusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menimbulkan kontroversi.

Bekas aktivis dan Naib Pe­ngerusi Strategik MIC itu juga adalah cucu kepada Tan Sri Dr. Devaki Krishnan iaitu wanita pertama di negara ini yang dilantik dalam pejabat awam setelah memenangi kerusi majlis perbandaran pada 1952. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment