My Add

Tuesday 24 June 2014

Pampasan akhir selepas isu MH370 selesai

KUALA LUMPUR, ISNIN 23 Jun, 2014: Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu pampasan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas pesawat itu ditemui nanti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, buat permulaan, kerajaan dan MAS telah memberikan pampasan berjumlah AS$50,000 (RM160,000) kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

"Bantuan tersebut sebagai permulaan sehingga ada keputusan muktamad atau pesawat itu telah dijumpai baru kita akan buat perkiraan akhir kepada waris penumpang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment