My Add

Wednesday 25 June 2014

Desak pemilihan kali ketiga diadakan, PKR terus bergolak

NIBONG TEBAL, SELASA 24 Jun , 2014:Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Nibong Tebal masih tidakberpuas hati apabila mendesak pemilihan kali ketiga diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Bekas Timbalan Ketua cabang itu, Mohd. Kamil Abu Bakar berkata, mereka tidak mengiktiraf keputusan pemilihan Ahad lepas kerana menyifatkannya dicemari unsur meragukan dan sabotaj.

"Prinsip keadilan tidak wujud dalam pemilihan parti dan ini mengecewakan kami sebagai ahli peringkat akar umbi.

"Disebabkan perkara ini, ada yang menyarankan supaya kami keluar parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment