My Add

Wednesday 25 June 2014

Komitmen UMNO Cheras dapat pujian

KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga di atas pencapaian dan komitmen UMNO Bahagian Cheras yang dipimpin oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Penghargaan itu dizahirkan oleh Najib ketika berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMNO Bahagian Cheras di sini malam tadi seperti yang dipetik di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com/.

Najib selain itu berkata, pencapaian Syed Ali itu turut mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan parti.

"Saya hadir pada malam ini kerana memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Syed Ali sempena sambutan ke-20 tahun UMNO Cheras.

"Segala perjuangan, pengorbanan dan kerja kuat yang ditonjolkan oleh Syed Ali sepanjang 20 tahun ini juga mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan parti," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment