My Add

Tuesday 24 June 2014

Ibu cemas dua anak dilarikan pelajar sekolah

KUALA LUMPUR, SELASA 24 Jun, 2014: Seorang ibu cemas selepas dua anaknya berusia tiga bulan dan sembilan tahun dilarikan bersama keretanya oleh seorang suspek yang memakai pakaian seragam sekolah menengah di Jalan Dahlia, Puchong Perdana, semalam.

Semasa kejadian pukul 7.10 pagi itu, ibu mangsa hendak menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di situ manakala dua lagi anaknya berada di dalam kereta dengan keadaan enjinnya masih hidup.

Mangsa cuba mengejar kereta tersebut tetapi gagal lalu menunggu di sebuah sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di situ.

Bagaimanapun, pada pukul 7.50 pagi, kedua-dua anaknya dijumpai ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang lelaki yang membawanya ke sekolah berkenaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment