My Add

Thursday 24 November 2011

Nik Aziz tetap tolak pilihan raya berasingan

KOTA BHARU, RABU, 23 November, 2011: 
MENTERI Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara. 

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum.

"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya. 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan bersekali dengan pembubaran Parlimen jika ini berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan. 

Kelantan dan Selangor selain Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. 

Akhir Mei lalu, Nik Aziz pernah mengakui tidak boleh menerima cadangan itu dan menyifatkannya sebagai tidak logik. 

“Saya tidak boleh terima, jika ada pilihan raya berasingan maka ada ‘hantu’ (dan) ‘pelesit’ serang Kelantan, pada saya (cadangan) itu tidak logik,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Menter Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pas, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Tetapi Nik Aziz menolak cadangan Guan Eng itu yang disifatkannya tidak logik.

Beliau pernah berkata: “Guan Eng tak biasa pegang kerajaan, saya dah pegang kerajaan bertahun-tahun,”. 

No comments:

Post a Comment