My Add

Monday 7 November 2011

Asrama Darul Falah korban 31 ekor lembu

ABDUL Razak Idris menyerahkan daging korban kepada anak-anak Asrama Darul Falah pada Majlis Ibadah Korban 2011 anjuran Perkim cawangan Asrama Darul Falah Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
ISNIN, 07 November, 2011: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Asrama Darul Falah (Asdaf) meneruskan tradisi ibadah korban tahun ini dengan menumbangkan 31 ekor lembu.

Pengerusi Majlis Ibadah Korban 2011 Asdaf, Abdul Razak Idris berkata, bilangan peserta korban pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

"Alhamdulillah tahun ini sambutan yang kita terima untuk menjalankan ibadah korban amat menggalakkan.

"Asdaf telah menganjurkan majlis ini sejak 16 tahun lalu dan syukur, sambutan untuk menyertai korban meningkat setiap tahun," katanya kepada pada majlis itu di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, jelas Abdul Razak, ibadah korban yang dilakukan hari ini hanya tujuh ekor lembu.

"Seekor daripada lembu yang dikorbankan hari ini akan kita masak untuk dimakan bersama-sama dan selebihnya akan disedekahkan kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan mualaf.

"Sementara 14 ekor lagi akan dikorbankan dalam majlis korban esok di Kampung Pantos, Kuala Lipis, Pahang dan selebihnya diagihkan kepada beberapa kawasan seperti di Changlun dan Gua Musang," ujarnya.

Tambah beliau, antara pihak yang melaksanakan ibadah korban di bawah pengurusan Asdaf tahun ini terdiri daripada Perkim, Koperasi Kerjasama Masyarakat Melayu Sabah, Koperasi Tanjung Keramat dan beberapa individu.

"Malah ada juga seorang individu yang bermurah hati mahu salah seekor lembu ini dikorbankan atas nama anak-anak Asdaf," tambahnya.

AGIH daging korban... orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan daging korban Aidiladha di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menyembelih 17 ternakan, semalam. - Foto Chan Wei Yew

No comments:

Post a Comment