SHAH ALAM, ISNIN, 28 November, 2011:
BIKAN mudah untuk mempertahankan wibawa bahasa kalau terpaksa berdebat tanpa henti selama 211 jam, apatah lagi kalau idea yang hendak dinyatakan terpaksa diperah secara spontan dalam laras bahasa debat yang betul.
BIKAN mudah untuk mempertahankan wibawa bahasa kalau terpaksa berdebat tanpa henti selama 211 jam, apatah lagi kalau idea yang hendak dinyatakan terpaksa diperah secara spontan dalam laras bahasa debat yang betul.
Ketahanan mental ternyata tercabar ketika rakan lain sedang enak diulit mimpi, pendebat pada usul giliran subuh dalam minda yang separa sedar, kadangkala tersasul bahasa sehingga menimbulkan gelak ketawa seperti ‘jenayah’ disebut sebagai ‘jenazah’, ‘Hang Jebat’ menjadi ‘Hang Debat’ dan sebagainya.
Namun begitu, kebolehan anak-anak muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam percubaan mereka menggunakan bahasa cantik memang langkah yang terpuji.
Sebagai contoh, pada sidang ke-75 yang mendebatkan usul Konsep 1Malaysia, perdebatan menerapkan pelbagai analogi dan laras yang tepat seperti, basa basi, ketirisan, kemaslahatan, kayu ukur dan sebagainya.
Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah menggunakan frasa ‘seperti longkang yang tersumbat,’ ‘menggagalkan mekanisme kawalan’ sebagai analogi untuk menggambarkan beberapa isu perkauman seperti isu Kampung Buah Pala, Kampung Medan, perkataan ‘pariya’ dalam novel Interlok dan sebagainya.
Saiful Bahri Nasir pula membuat analogi kepada usaha Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Kota Roma yang tidak dibina hanya semalaman.
Saddam Al-Alif menggunakan kata ‘ketirisan’ untuk menerangkan sebab dan akibat kenapa DEB masih gagal dicapai walaupun Malaysia mengecapi kemerdekaan lebih 50 tahun.
Penggunaan istilah yang jarang didengar juga digunakan oleh pendebat seperti ‘amalgamasi’ untuk menggambarkan satu ras baru hasil perkahwinan campur atau sebagainya yang berlaku di Indonesia, tetapi bukan amalan di Malaysia seperti diungkapkan oleh Mohammad Shahrizat Amadan.
Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab iaitu ‘kemaslahatan’ yang mempunyai makna literal kegunaan atau faedah, digunakan oleh Kamarul Nizam Abd. Latif dalam frasa beliau ketika membuat generalisasi, “Kemaslahatan kita bersama…”
Pelbagai isu yang diungkap oleh beberapa pendebat diperkuat dengan simpulan bahasa atau kata pinjaman yang cukup cantik seperti contoh berikut:
“Ketidakadilan dalam pembahagian tender masih menjadi duri dalam daging” dan “Amarah rakyat mudah terdetik oleh kes-kes berbau perkauman seperti isu mencium keris, menyaman sultan dan sebagainya.”
Secara umumnya, Debat 211 Jam berjaya memupuk usaha penggunaan kata yang betul larasnya dan susunan ayat yang gramatis. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment