SYED Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof (empat dari kiri) bersama barisan Exco Nusantara pada Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di UiTM Shah Alam.
SHAH ALAM, ISNIN, 28 November, 2011:
SUASANA di bangunan Anjung Sri Budiman UiTM di sini ‘riuh’ dengan kehadiran Ikon Pidato Malaysia, Datuk Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
Kehadiran ikon itu bukan hanya kunjungan biasa, tetapi turut memberi nasihat kepada pendebat yang menyertai Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam).
Menurut Syed Ahmad, Debat 211 Jam merupakan penanda aras bagi meningkatkan keyakinan melatih mahasiswa berhujah secara profesional, berkomunikasi secara berkesan dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri mereka.
“Kita sedia maklum berdebat mampu meningkatkan kewibawaan dan keupayaan mahasiswa ke arah seorang pemimpin yang cemerlang.
“Usaha UiTM dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam Debat 211 Jam ini memang baik dan wajar dipuji,” katanya.
Syed Ahmad yang juga Presiden Akademi Pidato Nusantara menambah, pendebat-pendebat yang hebat boleh membuat para pendengarnya terpesona, terhibur dan terdidik.
“Mereka mesti mempunyai suara lantang dan berupaya memberi kesedaran intelektual kepada sebahagian besar pengikutnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment