My Add

Thursday 17 November 2011

Britain catat kadar pengangguran tertinggi

KHAMIS,17 November, 2011: Kadar pengangguran di Britain mencecah sehingga 8.3 peratus berbanding 8.1 peratus sebulan lalu.

Menurut agensi statistik kebangsaan, peratusan tersebut merupakan yang tertinggi sejak Januari 1996 dan jumlah penduduk yang tidak bekerja meningkat kepada 129,000 dari Julai sehingga September lalu, demikian laporan AFP dari London.

Krisis pengangguran di Britain semakin serius sejak ekonominya merosot pada tahun lepas dan jumlah penduduk yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh dua tahun lalu meningkat sebanyak 422,000 orang. 

No comments:

Post a Comment