My Add

Thursday 24 November 2011

Lebih 18,000 meriahkan Jamuan Rakyat


MUHYIDDIN Yassin, Mustapa Mohamed dan Ikmal Hisham Abd. Aziz (empat dari kiri) bersama orang ramai melaungkan Gelombang Merah pada Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, semalam.
TANAH MERAH, KHAMIS, 24 November, 2011:
MAJLIS Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini mendapat sokongan menakjubkan apabila lebih 18,000 hadir memeriahkannya.

Meskipun dalam suasana hujan lebat dan tanah yang becak, ia tidak mematahkan semangat mereka yang hadir sejak awal pagi lagi meskipun program hanya bermula pada pukul 2 petang.

Semangat rakyat turut disemarakkan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang merasmikan majlis tersebut.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis itu turut merakamkan kegembiraan beliau kerana sokongan padu rakyat yang datang walaupun mereka terpaksa meredah air dan hujan lebat.

"Saya percaya ini adalah tanda rakyat Kelantan mahukan perubahan yang besar dan akan memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah Kelantan," katanya.

Sementara itu, Ikmal ketika berucap berkata, bantuan yang diberikan BN kepada rakyat Tanah Merah terlalu banyak dan hanya BN yang mampu memajukan negeri ini.

"Orang Tanah Merah sudah berjanji dalam pilihan raya umum akan datang mereka akan memberikan kemenangan kepada BN di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

"Banyak bantuan telah diberikan kepada rakyat di sini termasuk peruntukan baik pulih surau dan masjid yang daif dan tidak diendahkan Kerajaan Pas Kelantan," katanya. - Utusan Malaysia


No comments:

Post a Comment