My Add

Thursday 24 November 2011

Presiden Yaman akhirnya serah kuasa


GAMBAR yang diperoleh daripada Saudi Press Agency (SPA) menunjukkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh duduk menandatangani perjanjian hasil inisiatif Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mengakhiri krisis di Yaman dengan disaksikan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud (tiada dalam gambar) di Riyadh, Arab Saudi, hari ini. Menerusi perjanjian itu, Saleh akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada timbalannya dalam masa 30 hari, diikuti pilihan raya presiden selepas 90 hari kemudian. - Foto EPA

RIYADH, KHAMIS, 24 November, 2011: PPRESIDEN Yaman, Ali Abdullah Saleh hari ini menandatagani perjanjian untuk berundur selepas 33 tahun berkuasa berikutan keganasan meletus yang menyaksikan pertumpahan darah sejak sekian lama di negaranya. 

Upacara menandatangani perjanjian itu disaksikan Raja Arab Saudi Raja Abdullah di Istana Al-Yamama, Riyadh, sekali gus membuka 'era baru' dalam memperkukuhkan hubungan di kalangan dunia Arab.
Berikutan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menuntut Yaman agar segera melaksanakan "peralihan kuasa" yang bersejarah itu seperti dipersetujui.
Dalam perjanjian itu, Saleh berikrar untuk mewujudkan rakan kerjasama yang tulen dengan pembangkang bagi melaksanakan pelan keamanan yang tuntut Liga Aran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Bagaimanapun, sejurus jaminan itu diberikan Saleh, ribuan penunjuk perasaan di ibu negara Sanaa menolak perjanjian berkenaan kerana ia masih memberi kekebalan kepada Saleh dan keluarganya dariada sebarang pendakwaan. 

Menerusi perjanjian itu, Saleh akan menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi tetapi kekal sebagai Presiden Terhormat selama 90 hari. - AFP

No comments:

Post a Comment