My Add

Tuesday 8 November 2011

Malapetaka jika hasrat DAP dilaksana - Mohamad Aziz

SELASA, 08 November, 2011: Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika diberi mandat untuk memerintah disifatkan seorang ahli Parlimen sebagai satu malapetaka yang bakal menimpa negara jika ia menjadi kenyataan.

Bernama melaporkan, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata, tindakan itu sepatutnya ditolak oleh rakyat kerana ia jelas membuktikan bahawa parti itu sememangnya bersikap rasis.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan bertanggungjawab dan bukannya seperti pihak pembangkang yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sedia ada.

"Bagi saya, jika hasrat DAP itu benar-benar berlaku, ia akan menjadi malapetaka bagi negara,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad menarik perhatian bahawa kerajaan BN sentiasa membela hidup rakyat selain memastikan negara terus berada dalam keadaan aman.

Kenyataan Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini menyebut bahawa DAP berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaan pusat. 

No comments:

Post a Comment