My Add

Tuesday 8 November 2011

MCA minta polis siasat fitnah ahli DAP terhadap parti itu

SELASA, 08 November, 2011: Pemuda MCA Perak hari ini meminta polis menyiasat fitnah dan tohmahan seorang ahli DAP terhadap parti itu dalam satu ceramah di Ipoh baru-baru ini.

Setiausaha Pemuda MCA Perak, Khoo Boon Chuan berkata, pihaknya membuat laporan bagi membolehkan polis mengambil tindakan ke atas ahli DAP terbabit kerana mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah ke atas MCA dan beberapa pemimpin tertingginya.

Beliau berkata, ceramah itu diadakan oleh ahli DAP terbabit di sebuah restoran di Jalan Kampar di sini pada 13 Oktober lalu, lapor Utusan Malaysia.

“Kami telah melihat sebahagian daripada ceramah itu menerusi `YouTube’ dan cakera padat digital (DVD) pada 21 Oktober lalu. Ia jelas memburuk-burukkan pemimpin MCA termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, kira-kira pukul 10 pagi ini.

Boon Chuan yang juga Ketua Pemuda MCA Ipoh Timur berharap polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas ahli DAP terbabit. 

No comments:

Post a Comment