My Add

Wednesday 23 November 2011

RM300 juta kendali pilihan raya ke-13 - SPR

MELAKA, RABU, 23 November, 2011: KOS mengendali pilihan raya umum ke-13 nanti dijangka mencecah RM300 juta berbanding RM200 juta bagi pilihan raya umum yang lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, anggaran itu adalah sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara serentak di semua negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang kini dikuasai pembangkang.

"Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan untuk proses pilihan raya umum akan datang ialah pertambahan bilangan pemilih serta peralatan-peralatan bantuan seperti kotak undi, penindik dan kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum ke-13 di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, langkah melaksanakan undi pos di luar negara juga menyebabkan peningkatan dalam perbelanjaan proses pilihan raya akan datang kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berkata, SPR perlu membelanjakan sekurang-kurangnya US$10 bagi kos penghantaran untuk seorang pengundi pos di luar negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment