My Add

Thursday 24 November 2011

Sultan Selangor dukacita rakyat kritik polis

SHAH ALAM, RABU, 23 November, 2011: 
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan sikap segelintir rakyat di negeri ini yang mengkritik dan mencaci pihak polis yang menjalankan tanggungjawab mereka.
 SULTAN Sharafuddin Idris Shah meletakkan  pedang tanda simbolik perasmian bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Shah Alam, semalam. Turut hadir Hishammuddin,
 Ismail (tengah)  dan Ketua Polis Selangor,  Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan).
SULTAN Sharafuddin Idris Shah meletakkan pedang tanda simbolik perasmian bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Shah Alam, semalam. Turut hadir Hishammuddin, Ismail (tengah) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan).

Baginda bertitah perbuatan itu patut dielakkan kerana suasana harmoni dan selesa yang dirasai masyarakat berbilang kaum di Selangor selama ini adalah hasil usaha pasukan keselamatan yang berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan.

"Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan pihak polis bagi mengelak kekacauan dan huru-hara.

"Anggaplah polis sebagai rakan kita yang sanggup berkorban untuk membantu membanteras jenayah dan bukannya pihak yang menyusahkan rakyat,” titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment