My Add

Monday 7 November 2011

Sambutan Aidiladha sederhana

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.
ISNIN, 07 November, 2011: Meskipun dalam keadaan cuaca diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri, namun umat Islam di Malaysia tetap menyambut Aidiladha dengan meriah secara sederhana

Memetik laporan media, di Kuala Lumpur, lebih 10,000 orang termasuk warga asing berpakaian segak beramai-ramai memenuhi Masjid Negara menunaikan solat sunat Aidiladha.

Dilaporkan cuaca redup sejak awal pagi di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni menyampaikan khutbah bertajuk Aidiladha: Mengerat Perpaduan Ummah
selepas mengetuai solat sunat Aidiladha.

Di Kuala TerengganuSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah bersama lebih 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.

Ratusan ternakan terutama lembu dan kambing dikorbankan di Perlis, termasuk 45 ekor lembu sumbangkan kerajaan negeri dan 42 ekor yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim.

Di Ipoh, Pemangku Raja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama lebih 3,000 rakyat jelata di Masjid Sultan Azlan Shah.

Kerajaan negeri menyediakan 11 ekor lembu untuk korban yang dikelolakan oleh Yayasan Perak di kediaman rasmi Menteri Besar, hari ini.

Kira-kira 10,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Upacara korban dilakukan pada selah pagi pagi menyembelih 34 ekor lembu dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Di Kota Kinabalu, umat Islam turut memenuhi Masjid Negeri di Sembulan dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Di Semporna, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apda yang juga Ahli Parlimen Semporna menyertai ibadah korban di Masjid Pekan Semporna.

SHAFIE  bersama penduduk Kampung Tampi-Tampi, Semporna.ampi, Semporna. 
Di Alor Setar, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bersama ribuan umat Islam di bandar raya Alor Setar menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir.

Di Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinangdi George Town.

Di Johor Bahru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunaikan solat Aidiladha bersama-sama lebih 2,000 rakyat di Masjid Sultan Abu Bakar.

DI Kuala Pilah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ralyat di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Selesai solat, baginda berkenan menyaksikan penyembelihan 15 ekor lembu untuk ibadah korban di perkarangan masjid berkenaan, dan mengagih-agihkan daging korban kepada ibu tunggal dan warga emas.

 Di Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyertai kira-kira 7,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

No comments:

Post a Comment