My Add

Sunday 13 November 2011

SK Kampung Jawa kini dikenali SK Tan Sri P Ramlee

AHAD, 13 November, 2011: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.

Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini, lapor Bernama.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama P.Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki 'darjah sekerat' iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik.

"Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik," katanya. 

No comments:

Post a Comment