My Add

Thursday 17 November 2011

Tindakan terdesak tarik sokongan

KHAMIS, 17 November, 2011: Kritikan demi kritikan yang dilontarkan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua terhadap produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk menarik sokongan orang ramai.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan Tony yang berterusan memburukkan KR1M juga adalah satu lagi propaganda pembangkang untuk menafikan usaha kerajaan dalam membela kebajikan rakyat.

“Tony melihat kerajaan telah berjaya mengambil hati rakyat dengan mewujudkan KR1M yang menawarkan produk yang murah, jadi dia menimbulkan isu untuk mengelirukan orang ramai.

“Mengapa dia tidak mempertikaikan kedai serbaneka yang menjual barang runcit pada harga yang lebih mahal jika dia benar-benar mahu membela rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan Tony dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mendakwa harga dan kualiti produk KR1M tidak seperti yang digambarkan

No comments:

Post a Comment