My Add

Wednesday 1 February 2012

Projek Ladang Rakyat dipertikai

ILIAS Husain (dua dari kanan) menyampaikan baucar buku RM200 kepada pelajar SMK Gunung di Bachok, semalam. - UTUSAN/TOREK SULONG

Oleh TOREK SULONG

BACHO K, RABU, 01 ebruari, 2012: Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya melaksanakan projek Ladang Rakyat yang berteraskan pengurusan dan pelaksanaan secara Islam selaras dengan aspirasi perjuangan parti itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, setakat ini pelaksanaan projek itu tidak menggambarkan sistem pengurusan secara Islam kerana ia lebih mirip kepada kepentingan peribadi dan agenda politik.

Beliau berkata, selain tidak telus dan merahsiakan beberapa fakta pelaksanaan projek itu kepada rakyat, kepimpinan Pas Kelantan turut menggadaikan harta rakyat iaitu tanah di kawasan hulu Kelantan kepada pihak ketiga yang bukan pemastautin.

"Segelintir rakyat terutama penyokong kuat Pas sahaja yang terpilih sebagai penerima dividen Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan sedangkan keuntungan yang diraih pengusaha tanah adalah berlipat kali ganda.

"Ke mana lagi aliran kewangan dari sumber keuntungan Ladang Rakyat yang memberi impak ekonomi dan menguntungkan Kelantan sedangkan pengurusan dan perbelanjaan negeri berterusan mengalami defisit yang tidak munasabah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM41,000 kepada 205 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung, dekat sini, semalam.

Ilias yang juga Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia negeri Kelantan berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu mencontohi kejayaan Felda, Felcra, Risda dan lain-lain agensi pertanian dalam membela nasib rakyat untuk keluar daripada kemiskinan.

Beliau berkata, pelaksanaan Ladang Rakyat sekarang hanya berfokus kepada keuntungan jangka pendek dan ia tidak sepatutnya menggadaikan harta dan khazanah negeri kepada pihak ketiga yang memonopoli hasil.

"Sepatutnya senarai pengusaha Ladang Rakyat yang kononnya memajak tanah di kawasan hulu Kelantan dimaklumkan kepada rakyat secara telus dan jelas.

"Kenapa rakyat tempatan yang menerima dividen berkenaan tidak dibantu sepenuhnya dengan taraf peneroka? Impak keuntungan dan jumlahnya juga perlu diperjelaskan kerana Ladang Rakyat adalah hak rakyat bukannya hak pedagang bukan Melayu luar Kelantan.

"Ini tidak termasuk lagi projek-projek yang dilaksanakan di Lojing yang tidak diketahui oleh rakyat negeri ini dan sengaja tidak diperjelaskan kepada umum kerana khuatir akan dipersoalkan," - UTUSAN

No comments:

Post a Comment