My Add

Wednesday 8 February 2012

11,000 pesara polis, ATM mohon sertai RPT

IPOH, RABU, 0 8 Februari, 2012; Kerajaan negeri kini menerima 11,000 permohonan menyertai projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira daripada bekas anggota tentera dan polis.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu RPT Perwira, Datuk Ramly Zahari berkata permohonan itu masih lagi dibuka dan borang yang telah siap diisi perlu dihantar kepada Pejabat Tanah Daerah (PTD) untuk proses kelulusan.

"Sehingga kini, permohonan masih lagi terbuka kerana tiada tempoh tertentu ditetapkan dan borang ini boleh dimuat turun di laman web kerajaan negeri.

"Kita telah berbincang dengan Koperasi Angkatan Tentera bagi memastikan harga rumah yang dijual kepada ahlinya 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan tiga badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia ( KERABAT) baru-baru ini yang menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Mereka mendesak kerajaan negeri supaya menunaikan janji kepada bekas tentera untuk menyediakan 7,000 lot tanah kepada mereka tetapi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment