My Add

Wednesday 8 February 2012

Malaysia optimis terima amah Mac ini - Subramaniam

PUTRAJAYA, RABU, 08 Februari, 2012: Kerajaan Malaysia amat optimistik akan menerima kedatangan pembantu rumah Indonesia ke negara ini mulai awal Mac ini, selepas penghantaran pembantu rumah dibekukan oleh kerajaan Republik berkenaan lebih dua tahun lalu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Menurut beliau, Malaysia sudah melakukan segala perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan dan kini menanti ketibaan kumpulan pertama pembantu rumah dari Indonesia.

"Di pihak Indonesia pula, sudah tentulah ejen mereka juga berusaha sedaya upaya mereka. Jadi saya harap segala-galanya akan berjalan dengan baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Subramaniam menjelaskan, usaha itu termasuk pertemuan pemimpin tertinggi kedua-dua negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu itu pada hujung tahun lalu.

Indonesia secara rasmi menarik balik moratorium tentang penempatan pembantu rumah dari negara itu ke Malaysia mulai 1 Dis lepas namun ia akan hanya mengirim semula pembantu rumahnya mulai Mac. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment