My Add

Saturday 18 February 2012

14 kerusi parlimen sasaran KPI BN Pahang

KUANTAN, JUMAAT, 17 Februari, 212: Barisan Nasional (BN) Pahang yakin mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu memenangi semua 14 kerusi parlimen yang dipertandingkan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, KPI itu ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga mahu BN Pahang terus berkuasa di negeri ini.

"Dalam perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Pahang bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuantan semalam, beliau (Muhyiddin) berkata, Perdana Menteri telah menetapkan KPI BN Pahang ialah 14 kerusi parlimen dan kekalkan kerajaan Barisan Nasional di Pahang.

"Kita yakin akan mencapai KPI itu 100 peratus berkat usaha berterusan UMNO dan seluruh parti komponen BN di Pahang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pada pilihan raya umum 2008, BN tewas di dua kerusi parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment