My Add

Saturday 18 February 2012

Pas sentiasa ambil kesempatan burukkan Perdana Menter

ALOR SETAR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Pas adalah parti hipokrit kerana pemimpinnya sentiasa mengambil kesempatan memburukkan orang lain, kata Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah.

Katanya, demi laba politik, pemimpin-pemimpin Pas sanggup menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perbuatan syirik hanya kerana beliau memakai kurta (pakaian tradisi kaum India) dan memasuki dewan di Batu Caves semasa Thaipusam.

"Pemimpin pemimpin Pas seperti ini berfikiran sempit, tidak tahu membezakan antara agama dan budaya.... hanya tahu ambil kesempatan. Tidak salah Perdana Menteri menemui mereka untuk ucap selamat menyambut Thaipusam.

"Kehadiran Najib di Batu Caves baru-baru ini adalah atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri bagi semua kaum negara ini,” kata Latt Shariman kepada Bernama selepas meninjau pembinaan kuil Agasa Mariamman, Anak Bukit di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment