My Add

Saturday 18 February 2012

Najib jadi hos lawatan rasmi PM Thai

PUTRAJAYA, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi hos lawatan rasmi oleh Perdana Menteri, Thailand Yingluck Shinawatra, Isnin ini.

Ia merupakan lawatan kali pertama ke Malaysia oleh Yingluck selepas memegang jawatan pada Ogos 2011.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, bahawa kedua-dua Perdana Menteri itu dijadual menandatangani kenyataan bersama berhubung kerjasama am antara kerajaan masing-masing.

Yingluck dijadual melawat Malaysia pada Oktober 2011 tetapi ia ditangguhkan berikutan banjir besar di Thailand.

"Sempena lawatan itu, kedua-dua Perdana Menteri itu akan membincangkan usaha kerajaan Malaysia dan Thailand bagi membangunkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua jiran terdekat dan anggota negara ASEAN dengan mengoptimumkan bidang yang sedia wujud dan berpotensi bagi kerjasama yang lebih erat demi manfaat kedua-dua rakyat dan negara,” kata kenyataan itu.

Yingluck juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah di Istana Negara.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga akan menjadi hos majlis makan malam bagi meraikan Yingluck di Seri Perdana.

Thailand merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di ASEAN. Pada 2011, jumlah dagangan antara kedua buah negara bernilai US$22.95 bilion. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment