My Add

Saturday 11 February 2012

Amiruddin aku[ beri surat sokongan mohon korek, jual pasir

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari hari ini mengaku pernah memberi surat sokongan kepada syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. untuk permohonan aktiviti mengorek dan menjual pasir di Selangor.

Beliau yang ketika itu merupakan Ahli Lembaga Pengarah Double Dignity berkata, surat sokongan berkenaan dikeluarkan dengan syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi.

Bagaimanapun tegasnya, tidak timbul isu penyelewengan pasir yang melibatkan syarikat itu kerana Double Dignity tidak membuat permohonan berkenaan kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) iaitu syarikat pengendali industri pasir milik kerajaan negeri Selangor.

Beliau memberitahu, isu tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 dan beliau memberi kerjasama penuh kepada agensi itu.

“Tidak timbul isu penyelewengan kerana KSSB telah mengesahkan tiada permohonan (dari Double Dignity) dan tiada kebenaran yang diluluskan.

“Saya mengaku memberi surat sokongan (kepada Double Dignity), namun ia selagi mana syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


No comments:

Post a Comment