My Add

Saturday 11 February 2012

Pembangkang, Majlis Peguam dicabar selar dakwaan

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Barisan pemimpin parti pembangkang dicabar menyelar dakwaan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik ada kaitan dengan kes penyelewengan pasir di Selangor.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali juga ingin tahu pendirian Majlis Peguam berhubung dakwaan Raja Petra itu memandangkan badan tersebut arif dalam kes-kes sedemikian.

“Ketika inilah pihak pembangkang perlu menonjolkan ketelusan mereka. Kalau berpendapat kerajaan di bawah pimpinan mereka bersih, gunakanlah waktu ini untuk membuktikan kebersihan itu.

“Oleh itu, adalah wajar jika satu suruhanjaya diraja diwujudkan bagi menyiasat dakwaan Raja Petra itu. Keputusannya nanti membolehkan segala persoalan dijawab dan jika pembangkang yakin berada di pihak benar mereka perlu bersikap terbuka dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Raja Petra semalam yang mendakwa Patrick sebenarnya dibunuh ekoran ahli perniagaan tersebut semasa hayatnya sedang mengumpul maklumat pembabitan pemimpin pakatan pembangkang dalam kes penyelewengan pasir di Selangor,


No comments:

Post a Comment