My Add

Wednesday 15 February 2012

Bantu golongan kurang bernasib baik - Rosmah

ROSMAH Mansor beramah mesra dengan warga emas orang kurang upaya di Menara PGRM, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Februari, 2012: Lebih banyak pihak terutama syarikat korporat disaran tampil membantu golongan kurang bernasib baik melalui program-program amal dan tajaan dana.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, acara dan program seperti itu membuktikan rakyat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap orang di sekeliling mereka.

''Malaysia dikenali kerana kebolehannya menyediakan keperluan kepada mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, warna kulit atau latar belakang.

''Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terbaik," katanya ketika berucap pada majlis Konsert Amal Perdana 1Malaysia anjuran Persekutuan Persatuan Lim Bersama lapan persatuan Cina lain di Menara PGRM, di sini malam ini.

Konsert amal itu diadakan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik di negara ini.

Rosmah berkata, di dalam diri setiap rakyat Malaysia wujud sifat ingin membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang keturunan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berasa bertuah kerana dapat melalui kehidupan dengan aman dan sejahtera.

''Kita bertuah kerana dapat menonton konsert seperti ini tanpa perlu rasa takut adanya perkara tidak diingini berlaku seperti di negara lain. Jadi, amat penting kita jaga kestabilan dan keamanan negara kita.

''Dari segi bantuan pula, rakyat kita tidak ada masalah untuk membantu sesama sendiri kerana nikmat kesejahteraan yang ada. Kerajaan pula sentiasa menjaga keperluan semua tanpa mengira kaum," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment