My Add

Tuesday 7 February 2012

Perjanjian migrasi aset LAP-PAAB di suku pertama 2012

IPOH, SELASA, 07 Februari, 2012: Perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah dapat mengatasi beberapa kekeliruan yang memerlukan penelitian sebelum mencapai persefahaman akhir tahun lalu.

"Segala perkara yang menimbulkan sedikit kemusykilan kepada negeri Perak telahpun diperjelas dan diselesaikan, hanya menunggu masa sahaja perjanjian rasmi dapat ditandatangani.

"Persetujuan dicapai akhir tahun lalu dan kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan PAAB akan memeterai perjanjian dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, melalui perjanjian itu PAAB akan mengambil alih sebahagian daripada aset negeri yang sebelum ini diuruskan oleh LAP.

Melalui perjanjian itu, jumlah hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 juta akan berkurangan kepada RM78.66 juta, katanya.

Zambry berpuas hati dengan perkembangan tersebut setelah ia ditangguhkan buat beberapa ketika ekoran kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan berkaitan terma-terma tertentu dalam perjanjian. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment